Teknologi memainkan peranan penting lebih-lebih lagi dalam kehidupan seharian pada masa kini. Ianya telah dijadikan antara salah satu kemestian pada era dunia tanpa sempadan dimana teknologi seperti telefon bimbit, tablet, dan sebagainya menjadi 1 kewajipan bagi dunia moden. Walaubagaimanapun, penyalahgunaan teknologi terbabit boleh membawa banyak kesan negatif. Namun, tajuk yang ingin dibincang bukanlah perkara sedemikian tetapi adalah lebih kepada apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian dan antara langkah-lagkahnya:
1. Membina atau memperluaskan penggunaan internet ataupun Wi Fi
Dengan ini akan lebih memberi galakan kepada pengguna untuk menggunakannya kerana belum tentu kawasan Bandar atau luar Bandar mempunyai rangkaian yang kuat bagi membolehkan penggunaan internet yang berkesan. Walaupun ianya memerlukan kos tetapi boleh berfungsi dengan jangka masa yang lama dan mampu memberi banyak manfaat berguna kerana apa gunanya teknologi yang canggih tampa infrastruktur untuk menyokong penggunaannya.
2. Menggalakkan penggunaan gajet seperti Tablet atau Touch Pad
Apabila kemudahan tersedia makanya, galakan perlu diberikan kepada pengguna. Antaranya adalah seperti membuat jualan murah dan memperkenalkan produk yang terjamin dan selamat digunakan. Dengan itu, ramai yang akan berkemampuan untuk membeli dan memiliki barangan atau gajet seperti Tablet kerana tampa galakan yang tepat bagaimana sesuatu perkara menjadi rutin jika tidak ramai yang mampu memilikinya.
3. Melatih atau memberi latihan pendek (crash course)
Walaupun ramai yang arif tentang teknologi yang sedia ada masa kini, saya tetap merasakan bahawa latihan atau kursus perlu diadakan. Sebagai contoh adalah dengan melatih guru-guru untuk mengunakan dan memahirkan diri dalam penggunaan teknologi sedemikian kerana buka semua yang celik IT dan benar-benar tahu menggunakan teknologi sedemikian sebaiknya. Tambahan, terdapat software atau perisian yang tidak semua biasa menggunakannya dan dengan melatih atau memberi latihan dapat memendekkan masa belajar dan sekaligus mempercepatkan proses berkenaan.
4. Menginpelentasikan teknologi
Dalam hal ini adalah penting bagi pengguna teknologi. Sebagai contoh, Guru-guru di sekolah boleh menggunakan teknologi sedemikian sepenuhnya. Sebagai contoh, ianya boleh digunakan sebagai bahan sampingan disamping menggunakan Bahan Bantu Mengajar untuk membantu guru mengajar dengan lebih efisien atau cekap, mudah difahami dan jelas penyampaian pembelajarannya. Di samping itu, kaedah sedemikian boleh menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan lebih berminat untuk mengajar.
5. Memantapkan dan menggunakannya secara berterusan
Selain itu, langkah yang paling penting adalah penggunaan teknologi terbabit secara berterusan dan selalu mengikuti peredaran semasa agar kaedah yang diguna pakai menjadi releven dan tidak dianggap kolot atau lapuk. Selepas itu barulah teknologi terbabit menjadi sesuatu perkara yang rutin.
Maklumat
Nama sebenar: Amir Bin Azhar
Nombor Matrik: Amir Bin Azhar
Tahun Pengajian: Tahun 3
Fakulti: FSSK
Email: pincak55@gmail.com
Facebook: Amir Azhar
url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
Penggunaan gadget seperti tablet mungkin membebankan pengguna yang tidak berkemampuan namun galakan kerajaan seperti memberi laptop satu malaysia kepada yang layak baru-baru ini mampu membantu mereka yang memerlukan:)
BalasPadamsaya bersetuju. Ianya adalah satu langkah kearah memodenkan dan memajukan sistem pendidikan negara kita
BalasPadamidea-idea yang bernas. Good job :)
BalasPadam